Nasional

Dua laporan dibuat terhadap ucapan, tindakan Akmal – KPN

POLIS bertindak menahan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh ekoran dua laporan yang dibuat berhubung ucapan dan tindakannya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau (Muhammad Akmal) dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Razarudin menasihatkan orang ramai agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan mahkamah.
Muhamad Akmal hari ini mengesahkan dirinya telah ditahan di Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu.
“Saya ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.
“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.
Pemuda UMNO sebelum ini memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’. – SM
(Visited 12 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button