Hiburan

Ahmad Idham tidak tahu punca diberhentikan

Ura-ura mengatakan ada kaitan dengan politik

PENING juga memikirkan apakah punca Ahmad Idham Ahmad Nadzri diberhentikan dalam tempoh 24 jam daripada jawatan Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar.

Tempoh ditamatkan perkhidmatan dibuat melalui surat dan dia mengakui telah menerima surat tersebut dan memahami, ramai yang tertanya-tanya kenapa dia ditamatkan kontrak.

EIZLAN YUSOF

Untuk rekod, Ahmad Idham berkhidmat sebagai Setiausaha Kebudayaan di Wisma Putra selama empat bulan.

Bercakap kepada BH Online, Ahmad Idham berkata, “jujurnya saya sendiri masih tercari-cari punca dan alasan diberhentikan.

“Saya tidak tahu kerana langsung tidak diberikan penjelasan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memaklumkan, kontrak Ahmad Idham dengan Perunding Kreatif, Datuk Seri Eizlan Yusof serta setiausaha sulitnya, Datuk Fizal Fauzi sudah ditamatkan.

Penamatan perkhidmatan itu dibuat dalam tempoh 24 jam dan Saifuddin tidak menyebut secara spesifik, tarikh kontrak ditamatkan.

Kata Saifuddin, “saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini.”

Ahmad Idham dan Eizlan dikhabarkan akan mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan pencerahan berhubung penamatan kontrak mereka.

Kata Ahmad Idham, dia harus menjelaskan keadaan untuk mengelakkan daripada timbul tohmahan lain yang dikaitkan dengan parti politik.

Beliau juga mahu menangkis, pihak yang cuba menangguk di air keruh berdasarkan situasi sekarang.

Untuk rekod, lantikan Ahmad Idham dan Eizlan adalah selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar pada 1 November lalu.

Sebelum pelantikan itu, Ahmad Idham adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Sementara itu, Menteri Luar memberikan penjelasan, di pejabat Menteri, Ahmad Idham dan Eizlan Yusof adalah petugas yang dilantik dan Menteri mempunyai dua orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang mana, pegawai-pegawai PTD ini tidak dibenarkan terbabit dalam kegiatan politik.

Kata Saifuddin, “saya ada dua orang pegawai PTD manakala dua individu ini, Ahmad Idham dan Eizlan adalah pegawai dilantik. Jadi, terserah kepada mereka sekiranya ingin menghadiri aktiviti politik,: katanya kepada pemberita ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat. – SM

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button