KesihatanNasionalPenyakit

Imam Masjid Negeri Shah Alam, Abdul Karim Omar positif Covid-19

IMAM Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam, Selangor, Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19.

Beliau yang juga merupakan qari terkenal dilaporkan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ahli keluarga beliau  yang turut positif virus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu memaklumkan bahawa beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan tersebut.

Beliau berkata, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif Covid-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.

Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik tersebut serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.

Sementara itu, perkongsian Abdul Karim turut mendapat perhatian Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau mendoakan agar Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada Covid-19 melalui video yang dimuat naik menerusi Instagramnya hari ini. – SM

(Visited 1,178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button