
Suka hatilah, isteri aku -Nazrief Nazri
“Suka hati akulah nak puji isteri aku cantik. Isteri aku, bukan bini kau,” demikian respon pelakon Nazrief Nazri ekoran kritikan sesetengah netizen yang kurang senang dengan pujiannya kepada isteri.
Reaksi itu ekoran Nazrief sering memuji kecantikan isterinya di media sosial.
“Kalau kau tak rasa cantik, aku yang rasa cantik. Cantik tu subjektif kan? Yang kau nak ‘bitter’ sangat kenapa?” tanya Nazrief.
Sudah tentu jawapan seperti itu mengundang banyak komen termasuk yang menyokong.
Majoriti netizen turut memuji kejelitaan dan kecantikan wajah isteri pelakon itu, Aizatul
Nazrief dan Aizatul telah mendirikan rumah tangga pada November 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia empat tahun.
Sebelum ini, tindakan Nazrief yang sering memuji kecantikan Aizatul secara terbuka ternyata mendatangkan rasa kurang senang sesetengah pihak di media sosial.
Ada yang berkata Nazrief tidak perlu berbuat demikian yang secara terang-terangan menunjukkan rasa cintanya terhadap isteri. – SM