NasionalNegeri

Duta Besar Iran kagum transformasi Kampung Nelayan Kuala Perlis

DUTA Besar Iran di Malaysia, Ali Asghar Mohammadi melahirkan rasa kagum apabila berpeluang melawat dan berinteraksi dengan penduduk di Projek Transformasi DiRaja Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Beliau menyifatkan perkampungan ini sangat unik dan menarik, lebih-lebih lagi dengan rumah yang dicat pelbagai warna.

Ali Asghar tertarik melihat maklumat yang dipaparkan pada salah satu lokasi yang disinggah semasa mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra melawat Projek Transformasi DiRaja Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Beliau memaklumkan demikian selepas mengiringi Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat kampung tersebut.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan delegasi dari Iran itu menaiki ‘Choley’ iaitu motosikal beroda tiga untuk melawat sekitar perkampungan itu.

Antara lokasi dikunjungi adalah Laman Laksa, Jambatan Tuanku Syed Putra, Laman Bunga Raya dan Anjung Persinggahan Diraja.

Ali Asghar juga turut merasai sendiri makanan tempatan seperti laksa, dodol dan aiskrim Malaysia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan wang tunai dan ‘Kit MAIPs Peduli’ sambil disaksikan Ali Asghar kepada salah seorang asnaf ketika melawat Projek Transformasi DiRaja Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Semasa berucap, beliau kagum dengan kepimpinan Pemangku Raja kerana berjaya mentransformasi sebuah perkampungan nelayan biasa sebelum ini melalui kerjasama pelbagai agensi khususnya MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan sokongan padu daripada masyarakat setempat.

Ia telah berubah menjadi salah satu lokasi menarik di Perlis dan kini semakin menjadi sebutan dan tumpuan para pelancong.

“Walk-the-talk is the only way to change the mindset and attitude of locals,” tambah beliau lagi.

Sekalipun hujan lebat ia tidak menghalang Tuanku Syed Faizuddin Putra untuk berkenan menjalankan tanggungjawab menyantuni golongan asnaf.

Baginda berkenan menyampaikan RM700 secara tunai dan “Kit MAIPs Peduli’ kepada tiga keluarga terpilih di kawasan kampung itu sambil disaksikan Ali Asghar dan tetamu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memberikan peluang kepada Ali Asghar merasai makanan ketika melawat Projek Transformasi DiRaja Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Ali Asghar dan delegasinya berada di Perlis sempena lawatan kerja dua hari mulai 14 Ogos lalu.

Selain itu beliau juga membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, perbincangan kerjasama dua hala dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), perbincangan dengan MAIPs serta menyampaikan syarahan umum antarabangsa di UniMAP. – SM

BACA Peniaga medan ikan bakar Kuala Perlis pindah ke tapak baharu

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button