Politik

Suhakam pandang serius tindakan kerajaan nafi hak Dong Zong berhimpun

TINDAKAN pihak kerajaan memohon perintah mahkamah untuk menghalang Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meneruskan persidangan berkaitan bantahan pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dipandang serius.

Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), tindakan pihak berkuasa yang tunduk kepada mereka yang mencetuskan keganasan sehingga menyebabkan pembatalan persidangan itu dibimbangi boleh menyebabkan pencabulan hak asasi rakyat Malaysia.

“Suhakam menzahirkan perasaan bimbang dengan ancaman keganasan terhadap Dong Zong kerana hak berhimpun dan kebebasan bersuara adalah dijamin di bawah Perkara 10 Perlembangaan Persekutuan.

“Suhakam memandang serius tindakan kerajaan menafikan hak Dong Zong dengan membatalkan persidangan mereka melalui injuksi mahkamah. Tindakan pihak berkuasa yang tunduk kepada mereka yang mencetuskan keganasan dibimbangi boleh menyebabkan pencabulan hak asasi rakyat Malaysia,” kata Suhakam melalui satu kenyataan.

Sabtu lalu Polis Kajang berjaya mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Dong Zong daripada meneruskan persidangan isu tulisan Jawi di sekolah vernakular yang dijadualkan berlangsung di sebuah kolej di Kajang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, permohonan perintah mahkamah itu adalah bagi diadakan adalah untuk mengelak berlaku gangguan kepada ketenteraman awam yang boleh mencetuskan kegusaran orang ramai di daerah ini,” kata

Susulah perintah mahkamah itu sekumpulan NGO yang mahu menganjurkan Perhimpunan Pertahan Tulisan Jawi bagi membantah persidangan penolakan tulisan jawi oleh Dong Zong turut membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun di Stadium Kajang.

Sementara itu, Suhakam percaya Dong Zong dan pihak-pihak yang menentang persidangan anjuran pertubuhan itu sepatutnya dibenarkan untuk berhimpun bagi merealisasikan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Suhakam percaya bahawa persidangan Dong Zong termasuk tunjuk perasaan oleh penentang-penentang Dong Zong seharusnya dibenarkan untuk diteruskan.

“Dan pihak berkuasa perlu memastikan kedua-dua kumpulan dapat menjalankan sepenuhnya aktiviti mereka dengan selamat bagi memenuhi hak kebebasan berhimpun dan bersuara yang amat penting bagi meralisasikan sebuah demokrasi yang bebas dan terbuka,” kata Suhakam.

Hasrat Dong Zong untuk mengadakan persidangan anti pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular turut mendapat perhatian Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Tindakan itu hanya mengakibatkan kaum Melayu membalas dengan membuat kongres mereka sendiri dan akan menyuarakan agar sekolah Cina ditutup. Anda lakukan perkara seperti itu (bantah tulisan Jawi), anda akan mendapat reaksi (orang Melayu dan Islam).

“Kita hidup di negara yang berbilang kaum. Ia sangat penting bagi kita untuk mengambil kira mengenai perasaan dan sensitiviti kaum lain,” kata Dr. Mahathir.-SM

 

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button