Parlimen

APEC: Guan Eng marah nama dipetik Azmin

DEWAN Rakyat hangat seketika apabila Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng membantah namanya dipetik oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Azmin Ali ketika menjawab isu peruntukan berjumlah RM25 juta dalam Belanjawan 2021 untuk Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020.

“Saya tidak mahu terlibat tapi ini sengaja mengusik saya. Ini cari pasal punya hal,” kata Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan apabila Azmin menjelaskan Kerajaan Pakatan Harapan pada mulanya meluluskan peruntukan sebanyak RM635 juta pada 2018 untuk persidangan APEC.

Azmin berkata, pada tahun 2019 kerajaan PH telah menyemak semula peruntukan tersebut dan diturunkan kepada RM350 juta.

“Maka pada ketika itu apabila diluluskan RM350 juta kerajaan telah bersetuju ianya dilakukan secara berfasa pada tahun 2018 hingga 2019 diperuntukan RM20 juta, pada 2020 RM300 juta dan selebihnya RM30 juta untuk tahun 2021.

“Pada ketika itu ia telah diluluskan oleh Yang Berhormat Bagan (Guan Eng) dan kerajaan ketika itu peruntukan untuk 2021 adalah sebanyak RM30 juta,” jelas Azmin.

Jelas Azmin daripada RM350 juta yang telah luluskan oleh Guan Eng pada 2020, Kementerian hanya menggunakan RM66.6 juta dan penjimatan sebanyak RM233.4 juta telah dipulangkan semula kepada Kemterian Kewangan.

Tidak suka namanya disebut, Guan Eng bangun dan mempersoalkan adakah satu kesalahan sesuatu peruntukan kepada kementerian dikurangkan.

“Adakah YB Gombak setuju bahawa peruntukan yang diberikan oleh kerajaan PH pada asalnya yang dipohon RM635 juta dikurangkan kepada RM350 juta adakah itu sesuatu yang salah.

“Apabila peruntukan dikurangkan apakah masalahnya? Yang jadi masalah sekarang ia dijalankan secara maya mengapa perlu ada perbelanjaan begitu besar. Onlnie sesuatu yang agak murah. Adakah YB sedia untuk perkara ini disiasat oleh PAC ataupun oleh Jabatan Audit untuk memastikan perbelanjaan dibuat secara accauntable.

“Mengapa anda usik saya. Saya kena jawab. Ini melibatkan kementerian kewangan yang kita kurangkan. Apa masalahnya,” kata Guan Eng.

Azmin sebelum itu menjelaskan peruntukan berjumlah RM25 juta bagi persidangan APEC 2020.

Ini berikutan beberapa ahli Parlimen bangun dan mempersoalkan peruntukan yang begitu besar  dalam Belanjawan 2021 untuk persidangan yang hanya dijalankan secara maya.

Menurut Azmin, berdasarkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 dana sebanyak RM25 juta diperuntukan untuk menampung kos persidangan tersebut termasuk emolumen dan kos operasi pada 2021 berjumlah RM5.02 juta.

“Kontrak penjenamaan pula telah berkuatkuasa mulai November 2019 dan hanya akan berakhir pada Januari 2021 di mana terdapat baki yang perlu di bayar berjumlah RM16.2 juta daripada keseluruhan kontrak bernilai RM49.5 juta.

“Bagi kontrak laman sesawang yang bermula pada Julai 2019 dan akan berakhir pada Jun 2021 baki yang perlu dibayar pada tahun 2021 adalah berjumlah RM63,494 daripada nilai kontrak bernilai RM634,940,” kata Azmin.

Turut perlu dibayar adalah kontrak belian media yang ditandatangani pada Disember 2019 yang berbaki sebanyak RM3.71 juta.

Jelasnya sehingga kini sejumlah 146 mesyuarat berkaitan APEC yang melibatkan pegawai kanan dan menteri-telah dilakukan.

“Perjanjian ini ditandatangani dalam kerajaan PH saya hanya menyambung tugas untuk menyambung Apec 2020. Mengapa saya dibebankan dengan tangungjawab perkara seperti ini?” kata Azmin dalam penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Belanjawan 2021.-SM

 

(Visited 746 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button