fbpx
Hiburan

Sufian Suhaimi sedia nak kahwin bila-bila masa sahaja

BILA bercerita pasal penyanyi Sufian Suhaimi, pasti ramai yang akan bertanya berkenaan dengan isu perkahwinan.

Maklumlah, dulu pun dah hampir sangat berkahwin tetapi tak jadi pula. Jadi isu perkahwinan ini masih lagi bermain dilingkungan nama penyanyi berusia 28 tahun ini.

Tidak mahu berteka-teki bila bercakap soal menamatkan zaman bujang, Sufian mengakui dia sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk berkahwin.

“Alhamdulillah, saya rasa persediaan untuk ke arah itu sudah pun lengkap cuma jodoh sahaja yang belum saya jumpa.

“Keluarga semua sudah beri lampu hijau untuk saya berkahwin tetapi itulah, saya cuma mampu berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang sesuai,” katanya.


BACA> Achey sedih lihat kemelut keluarga Ali Puteh, balu Abam

Sufian berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penyerahan anugerah 2020 Mid Year JOOX Top Music Awards Top 5 Hits (Local) yang berlangsung semalam.

Dia menerima anugerah itu setelah lagu Janji nyanyiannya menjadi salah sebuah lagu tempatan yang paling banyak streaming di JOOX dalam tempoh bulan Januari hingga Jun 2020.

Baru-baru ini, Sufian turut memberitahu yang dia sudah pun menghadiri kursus perkahwinan bersama dengan dua orang rakannya.

“Saya hadir sebab ada masa terluang dan untuk berkahwin, itu adalah syarat yang perlu. Jadi saya selesaikan itu dahulu.

“Lagipun menghadiri kursus perkahwinan ini adalah satu majlis ilmu. Walaupun belum berteman, saya anggap kehadiran saya untuk mendapatkan ilmu itu dahulu,” jelasnya.

BACA> Kontroversi curang: Shuk tak kenal siapa dalang penyebar

Ditanya sama ada dia merasakan tekanan untuk menamatkan zaman bujang selepas kebanyakan rakan-rakannya mendirikan rumah tangga, Sufian menganggap itu sebagai rezeki masing-masing.

Baginya, setiap manusia diberikan rezeki yang pelbagai daripada wang ringgit hinggalah kebahagiaan bersama isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, Sufian turut berkongsi perihal perniagaan Zikir Pillow yang diuruskan bersama seorang rakan kongsi.

“Alhamdulillah, permintaan untuk Zikir Pillow sangat menggalakkan buat masa ini.

“Lagipun saya juga baru melancarkan syarikat Baby Pian Legacy Sdn. Bhd. dan itu memberi ruang untuk mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

Tambahnya, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga banyak membantunya untuk mengkaji dan merancang yang terbaik bagi perniagaannya. -SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button