Luar Negara

Sudan Selatan diserang penyakit misteri, membunuh 89 orang

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar satu pasukan untuk menyiasat penyakit misteri yang menyerang bandar Fangak, Negeri Jonglei, Sudan Selatan yang telah membunuh 89 orang setakat ini.

Kementerian Kesihatan Sudan Selatan melaporkan bahawa penyakit yang tidak diketahui itu adalah endemik di bandar tersebut.

Memetik laporan BBC, Shiela Baya dari WHO berkata beberapa pegawai kesihatan akan mengambil sampel daripada pesakit untuk mengenal pasti wabak tersebut.

Tambahnya, sampel awal yang dikumpulkan mendapati bahawa penyakit misteri itu bukan kolera.

“Kami membuat keputusan untuk menghantar pasukan tindak balas segera ke wilayag terlibat bagi menilai dan menyiasat risiko wabak minteri itu.

“Beberapa sampel daripada pesakit juga telah dikumpul, namun kami diberitahu seramai 89 pesakit telah meninggal dunia,” katanya.

Sudan Selatan yang sedang mengalami banjir baru-baru ini menyukarkan para saintis untuk pergi kawasan itu melalui darat.

Oleh itu, para saintis perlu menggunakan helikopter untuk memasuki Fangak.

Sementara itu, Menteri Tanah, Perumahan dan Kemudahan Awam negeri, Lam Tungwar Kueigwong berkata banjir teruk telah meningkatkan risiko penularan penyakit di negara itu seperi malaria.

Selain itu, kekurangan makanan juga akan menyebabkan krisis kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak .

“Beberapa ladang di wilayah itu turut dicemari dengan minyak yang menyebabkan kematian haiwan ternakan,” katanya.

Menurut sebuah badan amal antarabangsa, Medecins Sans Frontieres masalah kekurangan makanan dan pelbagai penyakit telah memberi tekanan terhadap sistem kesihatan di Sudan Selatan.

“Kami amat bimbang melihat krisis kekurangan zat makanan di negara itu kerana tahap kekurangan zat, dua kali ganda melebihi paras yang ditetapkan WHO,” katanya.

Tambahnya, angka kemasukan ke hospital dalam kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan turut meningkat dua kali ganda sejak bermulanya banjir.

Kira-kira 835,000 orang terjejas akibat banjir di Sudan Selantan dan 35,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Pemimpin di kawasan itu menyifatkan banjir yang melanda wilayah utara Sudan Selantam adalah yang paling teruk sejak 1960-an.-SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button