Auto Travel

Honda CBR250RR, menarik kena pada reka bentuk yang terkini

Setelah hampir 7 bulan jentera ini sejak dilancarkan berada dijalanraya Malaysia, tetapi akibat kesan Covid-19 dan PKP, agak sukar hendak melihat dijalan raya waktu ini. Honda CBR 250RR ini sebenarnya sudah berada lama di negara jiran kita seperti Indonesia dan sekitarnya, kemunculan jentera ini memberi saingan sengit dengan persiang terdekat mereka iaitu Yamaha R25, yang sememangnya banyak digunakan.

Berbanding dengan saingannya, rekabentuk penampilan Honda CBR250RR ini lebih segar dan menarik, terutama warna merahnya cukup menyerlah. Rekabentukya, CBR250RR telah dibangun berasaskan siri model-model CBR yang terdahulu. Model ini diberi gelaran sebagai Total Control yang mempunyai tiga konsep prestasi unggul, ciri futuristik dan bentuknya yang agresif yang mampu membuat kita puas hati. Bentuk dan lekok dibahagian motosikal ini cukup kemas dan nampak menarik di setiap sudut, lengkap nampak lebih sporty. Paling ketara di bahagia hadapan yang menyerlah sekali, ternyata tampak lebih garang. Sudah tentu sesiapa pun akan menoleh untuk melihat kelibat jentera CBR250RR melintas dan ianya mampu memberikan tarikan serta  perhatian orang ramai untuk mendekatkan diri mengetahui dengan lebih dekat. Jentera ini betul-betul meyerlah penampilan dengan rekabentuk dan warna yang dipadankan.

Posisi menunggang jentera ini sama seperti “sport bike” lain yang umum kita tahu ia seperti biasa akan membongkok dan ianya bukan satu masalah bagi pengemar jentera seperti ini, kerana itu lah jentera ini dicipta dan untuk yang mereka mahukan gaya tunggangan agresif, jika tidak, anda boleh memilih jentera yang lebih santai, lain orang, lain cita rasa. Apabila kita meletakkan kedua-dua tangan ke atas bar hendalnya, boleh dikatakan cukup selesa untuk sebuah jentera sport bike seperti ini, dengan berat jentera ini yang sedia ringan ianya gak mudah dicapai dan dikawal. Sangat berbeza gaya tunggangannya apabila kami menunggang jentera 250cc yang lain, dapat rasakan bahagian tangan dan pinggang tidak mudah lenguh jika penunggangan jauh mahupun penunggangan dalam kesesakan lalu lintas, bagi yang tangan yang agak panjang membuatkannya lagi mudah dan selesa.

Pada ruang kokpit CBR ini panel yang terdapat pada bar hendalnya hampir sama seperti abangnya yang lebih besar, ianya kemas dan tersusun.  Panel meter digitalnya sangat moden, rekabentuknya mengikuti arus masa kini. Walaupun pada waktu siang, ianya masih dapat di lihat segala info seperti tahap kelajuan, suhu, bahan api, putaran rpm, odometer, jarak perjalanan, mod tunggangan, “Quick Shifter” serta kedudukan gear dengan jelas.

Apa yang menarik tentang motosikal ini adalah teknologi yang ada pada jentera ini, ianya adalah yang terkini diantara jentera 250 di pasaran ini sesuatu yang amat menarik apa yang dilakukan oleh pihak Honda untuk menjadikan CBR ini sebuah mesin yang hebat. Selain itu jentera ini juga mempunyai tiga mod tunggangan iaitu comfort, sport dan sport+. Kita juga boleh memilih menerusi suis yang berada di belakang bar hendal sebelah kiri, model CBR250RR juga turut dilengkapi dengan sistem “Quick Shifter”, yang mana ia antara terawal digunakan untuk sebuah jentera 250 untuk pasaran. Sistem ini mempunyai tiga step yang boleh dipilih iaitu Shift Up & Down, Shift Up ataupun Shift Down sahaja, jika tidak mahu menggunakannya, sistem ini juga boleh dimatikan. Honda CBR ini merupakan sebuah jentera yang bersasaran 249.7cc, dengan enjin empat lejang, dua silinder “parallel”, 8 injap dengan sistem penyejuk cecair. Jentera yang bertransmisi 6 kelajuan ini, mampu menawarkan kuasa maksimum 30kW pada 13,000rpm dan tork 25Nm pada 11,000rpm, ia juga turut di lengkapi dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI.

Dengan saiz serta beratnya yang ringan mudah dikawal perjalanan dengan menunggang CBR250RR ini ketika berada di kawasan bandar yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas, dengan mod Comfort untuk perjalanan amat selesa serta memberikan penjimatan bahan api, tidak terasa bebanan walaupun ia sebuah model sport. Ini di tambah pula dengan teknologi Throttle-By-Wire,membuatkan motosikal ini dapat dikawal dengan sempurna tidak terlalu tersentak ke hadapan ketika memulas semula pendikit terutama di kedudukan gear-gear rendah. Manakala mod Sport pula merupakan standard yang sesuai di jalan-jalan biasa di dalam bandar mahupun luar bandar terutama apabila melayan selekoh-selekoh yang menarik, dengan pecutan yang lancar yang turut dibantu oleh sistem klac jenis assist & slipper. Tuas klacnya dapat dirasakan dengan cukup lembut, tidak terbeban ketika kerap mengunakannya.

Honda CBR250RR ini juga telah mengunakan fork teleskopik Inverted/jenis terbalik (USD), yang menjadi kemestian kepada semua jentera sport seperti ini, ianya mampu memberikan keselesaan, kestabilan serta pengendalian yang mudah sehingga kita dapat keluar dan masuk laluan-laluan berselekoh dengan pantas dan selamat. Saspensi di bahagian belakang pula menggunakan lengan ayun aluminium yang lebih ringan beserta penyerap hentak monoshock 5-step preload boleh laras agar jentera tidak membuai ketika mengambil selekoh. Di tambah pula dengan tayar bersaiz 110/70 – 17M/C 54S (depan) dan 140/70 -17M/C 66S (belakang) ianya cukup untuk meyakinkan kita mengambil sudut selekoh dengan sempurna.

Jentera CBR ini ketika menguji menunggang diwaktu malam cahaya pada lampu yang didatangkan dengan sepasang lampu berkembar dua lapis di bahagian hadapan dari jenis LED ini mampu memberi suluhan yang cukup terang, ini mampu memberikan tumpuan menunggang dengan lebih baik, terutama dari arah hadapan. Bahagian belakang juga dari jenis LED yang cukup jelas dilihat oleh kenderaan dari belakang.

CBR250RR boleh dikatakan kadar penggunaan bahan api yang amat menjimatkan. Namun ia juga bergantung kepada penggunaan petrol pada jentera ini, jenis mod tunggangan yang kita pilih, gaya tunggangan kebiasaan agak mencabar serta mengubah gaya dari biasa kepada acah-acah motogp ( boleh percaya ke pemilik akan bawa santai), tangki sebesar 14.5 liter, jentera ini mampu bergerak  sehingga sejauh 270 kilometer.

Secara peribadi motosikal Honda CBR250RR, adalah sebagai tanda aras sebuah mesin yang cukup kemas dan menarik untuk kelas 250 yang terdapat dipasaran ketika ini. Cumanya faktor harga RM25,999.00 akan menjadi isu di kalangan peminat-peminat, tetapi apabila dilihat apa yang terdapat pada jentera ini, ianya sepadan dengan Honda CBR250RR ini sediakan. – SM

Kredit : EnjinDot.Com

(Visited 1,047 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button