Nasional

Amaran banjir kilat 24 jam dikeluarkan untuk enam negeri

PUSAT Ramalan dan Amaran Banjir Kebangsaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran awal berhubung kemungkinan banjir kilat berlaku dalam tempoh 24 jam di enam negeri.

Di Johor, kawasan berisiko ialah daerah Batu Pahat (Sungai Punggor, Simpang Kanan, Sri Medan dan pinggiran) dan daerah Kota Tinggi (Sedili Besar dan pinggiran).

Bagi daerah Muar, amaran dikeluarkan untuk Sri Menanti, Ayer Hitam, Bandar, Jalan Bakri, Bandar Maharani dan pinggiran) dan daerah Pontian (Rimba Terjun, Ayer Masin, Pontian, Ayer Baloi, Benut, Sungai Pinggan dan pinggiran).

Di Melaka, kawasan panas ialah Melaka Tengah (Umbai, Telok Mas, Padang Temu, Alai, Ujong Pasir, Bukit Lintang, Padang Semabok, Duyong, Bukit Piatu, Bukit Katil, Bukit Rambai, Tangga Batu, Sungai Udang dan pinggiran), dan Jasin daerah (Ayer Panas, Nyalas dan pinggiran).

Di Pahang melibatkan tiga daerah iaitu Termerloh (Perak, Jenderak, Bangau, Bandar Temerloh, Mukim Sanggang dan pinggir), Bera (Bandar Triang, Triang, Bera dan pinggir) dan Maran (Kertau, Chenor dan pinggir).

Di Selangor, kawasan berisiko ialah daerah Klang (bandar Pandamaran, Bandar Klang, Kapar dan pinggiran), daerah Petaling (Bandar Shah Alam, Bandar Pekan Batu Tiga, Damansara, Bukit Raja dan pinggiran) dan daerah Kuala Selangor (Pasangan, Pekan Bestari Jaya dan pinggir).

Di Negeri Sembilan, ia melibatkan daerah Jelebu (Kenaboi, Ulu Klawang, Pertang dan pinggiran), daerah Jempol (Serting Ulu, Serting Ilir, Batu Kikir dan pinggiran) dan daerah Tampin (Gemas, Gemencheh dan pinggiran).

Di Sarawak, kawasan panas meliputi bahagian Kuching (Bandar Kuching dan pinggiran) dan bahagian Samarahan (Kg Mang, Kg Tanjung Bundong, Kg Empila, Kg Tanjung Parang, Kg Bangka Semong, Kg Nuip dan pinggir).

Menurut JPS, notis yang dikeluarkan pada jam 4 petang semalam adalah berdasarkan ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia, Sistem Panduan Banjir Kilat Asia Tenggara-Oceania dan model ramalan banjir JPS. -SM

 

(Visited 612 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button