EkonomiNasional

Subsidi telur ayam bantu Keluarga Malaysia serta mengekang inflasi

Kadar inflasi yang rendah di negara ini didorong oleh inisiatif dan langkah proaktif kerajaan menyediakan subsidi bagi mengekang inflasi serta memastikan Keluarga Malaysia tidak terlalu terbeban dengan cabaran kos sara hidup.

Kadar inflasi di sesetengah negara di peringkat serantau dan global mencatatkan paras yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi, kerajaan akan membelanjakan lebih RM20 juta sebulan untuk subsidi bagi menstabilkan bekalan telur di negara ini.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Menentang Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu adalah untuk mengatasi kekurangan telur yang dilaporkan di beberapa negeri termasuk di pantai timur.

“Kerajaan benar-benar prihatin dengan kekurangan telur. Oleh itu, kami memutuskan untuk meningkatkan subsidi telur.

“Bagi tujuan itu, subsidi lebih RM20 juta akan dibelanjakan selama sebulan,” katanya.

Annuar berkata, kos purata pengeluaran telur pada masa ini ialah 51 sen, manakala harga siling ialah 41 sen. Selepas subsidi dinaikkan daripada tiga sen kepada lapan sen sebiji telur bulan lepas, masih terdapat tambahan kos dua sen untuk pengeluar, katanya.

“Kerajaan pada mulanya bersetuju untuk memberi subsidi sebanyak 3 sen bagi setiap telur.

“Ini masih jauh daripada kos pengeluaran sebenar dan subsidi telah dinaikkan sebanyak 5 sen, tetapi masih terdapat kekurangan sebanyak 2 sen,” katanya.

Annuar berkata pengeluar telur tidak berminat untuk mengeluarkan telur ayam Gred A, B dan C.

Beliau berharap subsidi akan mendorong pengeluar telur untuk memulakan pengeluaran secepat mungkin bagi menstabilkan bekalan.

Annuar berkata semua agensi sempadan diberitahu supaya menghalang telur dan barangan bersubsidi lain daripada diseludup merentasi sempadan.

Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menjalankan pelbagai strategi untuk mengurangkan tekanan kos hidup dan memastikan sekuriti makanan menjadi agenda utama untuk menjaga kebajikan rakyat dan memastikan daya tahan negara untuk mendepani pelbagai cabaran global.

Pihak kerajaan juga telah merangka strategi dengan memberi subsidi langsung kepada pengeluar bagi menstabilkan harga makanan dipasaran serta mengimbangi kos pengeluaran makanan.

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button