Nasional

Subsidi Minyak Masak Tulen Dimansuhkan, Jamin Bekalan Dalam Pasaran Stabil

Setelah kerajaan memberikan subsidi ke atas minyak masak tulen bagi pek kemasan botol, ia akhirnya dimansuhkan bagi memastikan bekalannya dalam pasaran lebih stabil.

Selain memastikan bekalan yang stabil, tindakan kerajaan secara tidak langsung memberi peluang harga minyak masak tulen berada dalam paras yang juga stabil dalam tempoh lebih panjang.

Namun demikian, para pengguna dinasihatkan usah panik kerana pemansuhan subsidi ini hanya terguna pakai ke atas minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dengan isi padu 2kg, 3 kg serta 5kg.

Ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bagi minyak masak tulen dalam paket, ia masih disubsidi kerajaan seperti biasa.

Alexander berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan Sesi Libat Urus Mengenai Isu Harga Dan Bekalan bersama pemain industri, persatuan pengguna, ahli akademik, ahli ekonomi serta pengarang media.

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button