Politik

“Tolong Jangan Kompaun Rakyat Johor, Mereka Cuma Langgar SOP Dengan Najib”

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti sudah bosan berjalan-jalan di Kuala Lumpur mahu pun Selangor hujung minggu ini.

Memandangkan di Johor akan berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, maka semestinya Johor memiliki daya tarikan sendiri.

Hari ini Najib berkongsi beberapa gelagat warga Johor yang girang dapat bertemu bekas Perdana Menteri itu di sekitar Pulai.

Tanpa mempedulikan kes Covid-19 kategori satu dan dua yang semakin ghairah menyerang Johor, takkanlah nak bergambar pun jadi satu masalah.

Mujurlah mereka cuma rakyat Johor biasa. Kalau mereka juga antara pengamal media, mungkin sudah lama dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button