Alam SekitarBanjir

Spritzer sumbang air minuman kepada mangsa banjir di Terengganu

KUALA LUMPUR 10 Mac – Pengeluar air mineral terkemuka, Spritzer menyumbang air minuman kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu sebagai salah satu usaha syarikat bagi meringankan beban mangsa-mangsa tersebut.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, bantuan tersebut digerakkan bagi memastikan kesemua mangsa terlibat mempunya akses kepada air bersih terutamanya untuk minuman berikutan musim hujan berterusan dan tidak menentu ketika ini.

“Berikutan hujan lebat berterusan di Semenanjung Malaysia ketika ini, dilaporkan lapan daerah di Terengganu telah mengalami kenaikan air yang mendadak yang mana telah memberi kesan lebih 17, 000 mangsa di 87 pusat penempatan sementara,” kata Spritzer.

Mengulas lanjut, bagi memudahkan pergerakan sumbangan itu, Spritzer dengan bantuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menghantar Air Mineral Asli Spritzer ke pusat-pusat bantuan mangsa banjir di Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Hujan berterusan merentasi negeri Terengganu telah memberi kesan kepada ribuan mangsa yang kini ditempatkan di pusat penempatan sementara yang dibuka.

Sehubungan itu, Spritzer menggesa kepada semua mangsa banjir untuk berhati-hati dengan pencemaran akibat bawaan air banjir dan mengelakkan mengguna dari sumber air yang tidak diketahui puncanya.

Orang ramai digalakkan memasak air yang diambil dari air paip untuk kegunaan minuman, memasak dan memberus gigi.

“Jangan sesekali menggunakan air yang berubah warna atau air yang berbau dan elakkan dari menyentuh air yang tercemar pada kulit dan mata,” kata Spritzer.

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button