Parlimen

Ahmad Maslan tarik diri jawatan Timbalan Speaker

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menarik diri daripada menjadi calon Timbalan Dipertua Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pontian itu mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media di Bilik Media Bangunan Parlimen hari ini.

Menurutnya, beliau telah memberitahu keputusan tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan semalam.

Beliau turut memaklumkan keputusan itu Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

Ahmad berkata, beliau menolak jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada tugas sebagai Setiauasaha Agung UMNO dan membolehkan dirinya terus bersuara di dalam Dewan Rakyat.

Satu jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said. Tedapat laporan menyatakan UMNO mencalonkan Ahmad untuk jawatan tersebut.-SM

 

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button