Hiburan

Suasana hiba iringi pengebumian anak bongsu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

SUASANA pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah anak bongsu pasangan pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Radzak, yang berlangsung sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, yang menghembuskan nafas terakhir semalam, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Semalam, Zaquan berkongsi berita duka di Instagramnya sambil memohon doa agar dia dan isteri diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini.

Bagaimanapun, punca kematian bayi berusia enam bulan itu tidak didedahkan. Difahamkan, Muhammad Aisy menghembuskan nafas terakhir ketika tidur sebelum dibawa ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan, untuk bedah siasat.

Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu dan merupakan anak bongsu pasangan tersebut. Selain Allahyarham, Zaquan dan Ayu dikurniakan enam cahaya mata lain, iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan seorang lagi anak yang berusia setahun.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button