Hiburan

Suami tidak kisah jika Wany Hasrita tidak masak di rumah

SAMA cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Telah berlangsung majlis persandingan Wany Hasrita dan Mohd Al-Adib Fahmi.

Walaupun di majlis persandingan tersebut kelihatan sederhana namun para peminat memuji penyanyi itu menggayakan busana bertudung labuh.

Suami kepada penyanyi itu, tidak menghalang isterinya untuk terus bergiat aktif dalam industri seni namun dia meletakkan syarat kepada Wany agar melabuhkan tudungnya.

Tambahnya lagi, apabila sudah berkawin semestinya banyak tanggungjawab akan dipikul, dia tidak kisah kalau penyanyi itu tidak masak di rumah.

“Zaman sekarang sudah berlainan tidak sama seperti dahulu, perkhidmatan penghantar makanan juga sudah banyak, jika duduk berdua kos lebih mahal, jika membeli barang makanan, makan di luar rasanya lebih murah” kata suaminya.

Wany dan Al-adib telah bernikah pada 22 Julai lalu, dan melangsungkan persandingan pada 24 Julai. Ramai rakan artis turut hadir dan memberikan ucapan taniah di atas perkahwinan mereka.

Artikel berkaitan > Suami bukan kaki media sosial, Wany Hasrita syukur berjodoh dengan Mohd. Al-Adib!

(Visited 1,210 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button