Hiburan

Suami suka bau ketiak Ayda Jebat

AYDA Jebat sekali lagi membuat posting kontroversi dan mengundang kecaman dengan mendedahkan perangai pelik suaminya, Nabil Mahir.
Dalam posting di Instastory itu Ayda berkata, si suami suka menghidu bau ketiaknya terutama ketika waktu lapang.
Malah pelakon dan penyanyi itu turut memuat naik ‘aksi’ Nabil Mahir sedang mencium ketiaknya.
“Ingat isteri sahaja suka bau ketiak suami. Yang ini terbalik. Aduh-aduh @nabilmahir,” tulis Ayda.
Ayda sebelum ini pernah berkongsi bahawa Nabil gemar mencium pipinya untuk tempoh masa yang sangat lama selain suka bermanja dengannya.
Seperting dijangka posting berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai dari peminat termasuk ada yang meluat.
Ayda dan Nabil bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. SM
(Visited 1,173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button