Jenayah

Suami Promosi, Isteri Beraksi – Kini Dicekup Polis

HELAH sepasang suami isteri yang menjadikan rumah sewa sebagai “studio” rakaman video lucah akhirnya terbongkar apabila mereka diberkas pihak polis hasil risikan selama beberapa minggu.

Difahamkan, pasangan berusia lingkungan 30-an itu menjadikan aktiviti tidak bermoral itu sebagai punca pendapatan tetap sejak awal tahun lalu, malah meraih keuntungan mencecah RM6,400 seminggu menerusi penjualan video lucah secara atas talian.

Menurut sumber polis, wanita terbabit dipercayai merupakan “pelakon utama” dalam kandungan video yang dipasarkan, manakala suaminya pula bertindak sebagai individu yang mengurus pemasaran, penyuntingan video, serta menerima tempahan menerusi platform sosial dan aplikasi mesej.

“Mereka menggunakan beberapa buah rumah sewa, termasuk kondominium dan rumah teres, sebagai lokasi penggambaran serta operasi jual beli. Semua aktiviti dilakukan secara tertutup dan dihantar kepada pelanggan menerusi pautan rahsia,” ujar sumber polis kepada media.

Bermula Dengan Kandungan Peribadi, Kemudian Komersial

Siasatan awal mendedahkan aktiviti pasangan terbabit bermula dengan perkongsian video intim peribadi sebelum beralih kepada penghasilan video secara komersial demi mengaut keuntungan.

Lebih mengejutkan, mereka turut menawarkan khidmat seksual berbayar secara eksklusif kepada pelanggan tetap, termasuk pakej pertemuan bersemuka yang dipercayai berlangsung di hotel dan premis sewaan.

“Kami percaya kegiatan ini sudah lama berjalan, dan mereka turut merekrut pelanggan tetap menerusi kandungan ‘berbayar eksklusif’. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelas pegawai penyiasat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button