Luar Negara

Maradona disemadikan di Bella Vista

PEMAIN bola sepak hebat Argentina, Diego Maradona selamat disemadikan di tanah perkuburan di kawasan perumahan Bella Vista berhampiran Buenos Aires, lapor agensi berita Sputnik, memetik penyiar TN.

Tanah perkuburan itu dipilih kerana ibu bapa Maradona dikebumikan di sana.

Penyerang ikonik itu meninggal dunia kelmarin pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Dua minggu sebelum kematian beliau, Maradona dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan di bahagian otaknya.

Berlaku pergaduhan dan rusuhan di Buenos Aires semalam ketika majlis perpisahan berlangsung.

Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan manakala ramai orang awam, wartawan dan jurukamera RT cedera. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button