Berita

Keluarga mohon rakyat Malaysia doakan Salahuddin

PETALING JAYA: Anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, Siti Fatihah memohon rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan ayahnya.

Menurut Siti Fatihah, bapanya masih dalam dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas selamat menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Katanya, atas nasihat doktor dan permintaan keluarga, beliau memohon supaya ayahnya diberi ruang dan hanya ahli keluarga sahaja diberi kebenaran untuk melawat.

“Bagi pihak keluarga, kami menghargai atas segala sokongan dan doa. Saya juga mohon semua agar terus mendoakan keadaan ayah saya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah, disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan menjalani pembedahan di HSB.

Terdahulu, beliau dikejarkan ke unit kecemasan HSB sekitar jam 10.15 malam kelmarin dan mendapat rawatan selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

(Visited 500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button