NasionalUncategorized

Suami isteri disiasat cuai biarkan anak main di balkoni

SEPASANG suami isteri disiasat atas kecuaian berhubung kejadian dua kanak-kanak yang dibiarkan bermain di tepi balkoni tingkap sebuah unit kondominium di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Wangsa Maju, Sup Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak berusia empat dan dua tahun itu dipanggil memberi keterangan dan dibenarkan pulang malam tadi.

“Pegawai penyiasat akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke timbalan pendakwa raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebuah video berdurasi 10 saat menunjukkan kejadian yang berlaku di kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak, dikesan dimuat naik oleh pemilik Facebook Reff Lia pada pukul 4 petang.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku,” kata Ashari.


Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001), jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, katanya. – FMT – SM

 

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button