Politik

Tiada keputusan UMNO keluar PN, putuskan hubungan PPBM

ANTI klimaks. Itu hasil mesyuarat Majlis Kerja Teringgi UMNO yang tidak membuat sebarang keputusan sama ada berkaitan hubungan dengan PPBM mahupun keputusan keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Mesyuarat itu juga tidak memutuskan kedudukan menteri UMNO di dalam Kabinet untuk meletakkan jawatan segera.

Selepas menanti hampir tiga jam mesyuarat selesai media hanya diberikan dua helai kenyataan media walaupun mereka diminta bersedia dalam bilik sidang akhbar.

Kenyataan itu menyebut MKT memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 Bahagian UMNO.

Antaranya termasuk mempertahankan hubungan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional.

Usul untuk memutuskan dengan PPBM semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Turut diperhalusi usul supaya PRU-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021.

MKT bersetuju membawa usul ke Perhimpunan Agunh UMNO pada 31 Januari ini.-SM

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button