Luar Negara
Trending

Suami bingung isteri baharu dinikahi sudah seminggu hilang

SEORANG suami kebingungan apabila isteri yang baharu dinikahinya kini sudah seminggu menghilangkan diri.

Wanita itu bernama Iin Cahyani, 17, dikhabarkan sudah hampir seminggu menghilangkan diri selepas mereka bernikah.

Suaminya, Entis Sutisna terpaksa mneminta bantuan daripada bekas kekasih isterinya itu untuk membantu mencarikan Iin.

Wanita itu dikatakan berasal dari Desa Situraja, Kecamatan Gantar, Kabupaten Indramayu, Indonesia.

Menurut Entis, selepas bernikah dia dan isterinya itu tidak mempunyai apa-apa masalah.


Perkahwinan pasangan suami isteri itu baru berusia empat bulan.

“Ramai orang cakap macam-macam, ada yang kata kami bertengkatr atau ada orang ketiga, Sebenarnya kami tidak ada masalah,” ujarnya dia kepada Tribuncirebon.com.

Entis mengaku sudah kebingungan di mana harus mencari isterinya tersebut.

Detik terakhir mereka bersama sebelum isterinya hilang ialah Iin menyerahkan gadget miliknya kepada Entis dan meminta kebenaran untuk membeli sesuatu dan selepas itu.

Ketika hilang Iin Cahyani mengenakan baju tidur biru, seluar tidur motif kucing, berjaket biru tua dengan lengan bergaris putih dan mengenakan tudung hitam.

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button