Nasional

MSU Foodbank Heroes agih sayur percuma kepada warga Wangsa Maju

Pengunjung Festival Ceria Aktif Sihat (Faces) mengucapkan terima kasih kepada MSU Foodbank Heroes kerana mengagihkan sayur-sayuran segar secara percuma.

Dengan pengagihan itu, pengunjung Faces bukan hanya dapat berjimat daripada membeli sayur malah dapat menyediakan sajian berkhasiat seisi keluarga.

Antara sayur-sayur segar yang diagihkan merangkumi kobis, terung, lobak merah serta kacang panjang dan pengagihan selesai dalam masa kurang satu jam.

Pengunjung Festival Ceria Aktif Sihat berpeluang membawa pulang sayur-sayuran segar secara percuma
Pengunjung Festival Ceria Aktif Sihat berpeluang membawa pulang sayur-sayuran segar secara percuma

Selain pengagihan sayur-sayuran segara secara percuma kepada para pengunjung menerusi ruang Tabung Makanan MSU, Faces turut dimeriahkan dengan pelbagai ruang lain dalam komponen karnival Be Fit.

Ruang Kemahiran Asas Menyelamat misalnya, pengunjung berpeluang untuk mempelajari teknik pernafasan mulut ke mulut (CPR) dan kaedah menyelamatkan mangsa tercekik.

Pelajar MSU dari Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat menerangkan kaedah melakukan pernafasan mulut ke mulut kepada pengunjung Festival Ceria Aktif Sihat.
Pelajar MSU dari Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat menerangkan kaedah melakukan pernafasan mulut ke mulut kepada pengunjung Festival Ceria Aktif Sihat.

Selain itu, ruang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kuala Lumpur, Pemeriksaan Darah dan Nutrisi, Pemeriksaan Mata serta Saintis Muda turut mendapat perhatian pengunjung.

Menurut Pengarah Program, Khairunnisa Hatta, Festival Ceria Aktif Sihat merupakan sebuah program yang mengandungi tiga komponen utama seperti karnival, sumbangan dan pertandingan.

“Pada awal pagi, sebanyak 12 pasukan daripada sekolah-sekolah dalam Parlimen Wangsa Maju telah berentap dalam cabaran berhalangan Young Warrior 2023.

“Menerusi pertandingan itu, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa muncul juara dan naib juara diikuti pasukan dari SMK Wangsa Maju Seksyen 2,” katanya.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, TS Zahir Hassan fokus menyaksikan aksi hebat para pelajar dari sekolah-sekolah dalam Parlimen Wangsa Maju yang ingin merebut gelaran juara bagi pertandingan Young Warrior 2023.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, TS Zahir Hassan fokus menyaksikan aksi hebat para pelajar dari sekolah-sekolah dalam Parlimen Wangsa Maju yang ingin merebut gelaran juara bagi pertandingan Young Warrior 2023.

Dalam program yang sama, semua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini menerima hadiah RM300 bagi setiap seorang daripada Parlimen Wangsa Maju.

Tidak ketinggalan, sebanyak RM210,000 telah disumbangkan kepada 21 institusi pendidikan dalam Parlimen Wangsa Maju merangkumi sekolah rendah, sekolah menengah serta kolej tempatan. – SM

Baca Juga > Zahir Hassan sumbang RM210,000 untuk PIBG menerusi Parlimen Wangsa Maju

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button