Nasional

Suami bekas Gabenor Bank Negara disiasat polis

SUAMI bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Dr. Tawfiq Ayman disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Zainuddin Yaacob ketika mengesahkan perkara itu berkata,  siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, PDRM juga sedang mengambil tindakan susulan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 kerana siasatan kes itu melibatkan keterangan di Malaysia dan luar negara,.

“Ini bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara. Siasatan ini berkenaan penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun milik beliau (Tawfiq) di Singapura,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai.


Tawfiq adalah suami kepada Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Dr. Zeti Aziz, yang juga bekas Gabenor Bank Negara.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan polis Singapura memberitahu Bank Negara mengenai urus niaga mencurigakan berjumlah RM66 juta daripada ahli perniagaan yang sedang diburu, Low Taek Jho kepada syarikat didakwa dimiliki oleh suami dan anak lelaki Zeti pada 2015.

(Visited 350 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button