Hiburan

Siti Nurhaliza tunai hajat sebelum berehat

TIDAK mahu peminatnya ternanti-nanti dengan karya baharu, penyanyi terkemuka, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan buah tangan baharu khas buat peminatnya.

Buah tangan tersebut ialah video muzik rasmi lagu Siapa Tak Mahu yang merupakan lagu ke enam dibikin muzik video daripada album ManifestaSiti2020.

Menurut Siti, di dalam video muzik berkenaan, dia memegang watak yang tidak pernah dibawakannya sebelum ini iaitu seorang peirisik.

“Saya menjadi perisik dan memerhatikan gerak geri pasangan sedang bercinta, lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem. Saya juga mengenakan beberapa persalinan busana mengikut karakter,” katanya.

Jelasnya, video muzik tersebut juga diharap dapat meneruskan lagi promosi lagu Siapa Tak Mahu yang dipilih menjadi single seterusnya selepas lagu Aku Bidadari Syurgamu.

“Saya berharap lagu dan video muzik Siapa Tak Mahu akan sama-sama mendapat tempat di hati para peminat.

“Lagipun ini adalah sebahagian daripada perancangan yang saya lakukan sebelum berehat supaya karya saya tetap berjalan,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah muzik video berkenaan, Ghazi Maslan memberitahu, video tersebut menceritakan bagaimana sesebuah hubungan itu akan berjalan lancar sekiranya setiap pasangan mengambil sikap untuk menghargai dan berbuat baik.

“Setiap hubungan pasti ada pasang surut tetapi sikap untuk berubah dan berusaha memperbaiki diri akan menyemarakkan lagi kasih sayang.

“Mesej yang paling jelas di dalam lagu ni adalah jika mahukan pasangan yang baik kita juga perlu menunjukkan sikap yang sama. Begitulah beberapa unsur nasihat yang cuba disampaikan di dalam lagu ini,” katanya.

Video muzik Siapa Tak Mahu boleh ditonton di saluran YouTube Siti Nurhaliza manakala album ‘ManifestaSITI2020’ boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer sejak 3 Julai lalu. -SM

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button