Politik

Indeks Persepsi Rasuah negara naik

MUNGKIN dengan mengheret pemimpin negara terdahulu ke mahkamah berjaya meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ke aras yang lebih baik.

Itulah tanggapan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila indeks persepsi itu meningkat kepada 10 aras berbanding tempat ke-62 pada 2017.

Peningkatan tersebut disifatkan sebagai susulan pembongkaran beberapa skandal pemimpin kerajaan terdahulu melibatkan beberapa kes yang sedang dalam prosiding mahkamah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, peningkatan tersebut adalah hasil pelbagai usaha dan reformasi yang dilaksanakan.

“Sejak kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) dijatuhkan oleh rakyat pada Mei 2018, pelbagai usaha dan reformasi telah dijalankan untuk membebaskan negara daripada rasuah.

“Alhamdulillah, berkat semua usaha ini, hari ini diumumkan bahawa Malaysia melonjak 10 kedudukan ke tempat ke-51,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi maklumat yang dimuat naik dalam Facebooknya malam tadi.

[BACA ARTIKEL] Isu ‘1MDB, rasuah’ sudah tak laku? — Suara Merdeka

Tambah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, kedudukan tersebut adalah terbaik sejak sistem baharu digunakan pada 2012.

Bagaimanapun menurut Saifuddin lagi, pencapaian ini baru permulaan bagi membebaskan negara daripada gejala rasuah.

“Kerajaan akan meneruskan agenda reformasi bagi mengheret sang koruptor ke muka pengadilan dan membebaskan negara tercinta daripada gejala rasuah,” ujarnya.

Bongkar kes lama

Terdahulu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Latheefa Koya dilapor akan membuka semula lebih 10 kes lama melibatkan jenayah itu.

[BACA ARTIKEL] Latheefa mahu buka kes lama ada kaitan orang berpengaruh – Suara Merdeka

LATHEEFA KOYA

Menurutnya pembukaan tersebut termasuklah beberapa kes yang ditutup sebelum ini selepas dianggap sebagai tiada kes.

“Begitu banyak fail. Saya dimaklumkan ada yang sudah ditutup. Saya tidak pasti kenapa fail ini ditutup sedangkan mereka beritahu saya masih ada kes,” katanya

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kes tersebut kerana mendakwa ia boleh mengganggu siasatan.

“Kes-kes ini mempunyai kepentingan awam. Ia tidak boleh dikongsi kerana tidak akan membantu siasatan.

“Kami melakukannya sendiri kerana jawatankuasa terdahulu telah tamat, jadi kami akan menyiasatnya dahulu sehingga satu jawatankuasa baharu dibentuk,” katanya.

Kes-kes yang dimaksudkan termasuklah semua aktiviti rasuah yang melibatkan kepentingan awam dan berprofil tinggi. – SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button