NasionalNegeri

“Stesen minyak” penyeludup simpan 17 tong drum minyak petrol, diesel diserbu

SIAPA Siapa sangka kawasan semak samun yang berjarak kira-kira 150 meter dari jalan utama senyap-senyap dijadikan sebagai “stesen minyak”.

Dipercayai penyeludup telah menggunakan tempat ini sebagai “stesen minyak” sejak seminggu lalu.

Di sinilah disimpan 17 tong drum minyak petrol dan diesel untuk diseludup.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah selepas kejayaan pasukannya membongkar dan merampas minyak petrol dan diesel daripada “stesen minyak” di Kampung Kok Mak, Padang Besar.

“Setelah melakukan intipan selama dua jam, pasukan ini menyerbu tempat penyimpanan minyak petrol dan diesel haram ini pada pukul 2.30 petang semalam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Shokri berkata, 17 tong drum berisi minyak petrol dan diesel ini ditutup dengan kain kanvas biru di tengah semak samun ini.

Bagaimanapun, katanya tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau berkata, hasil serbuan itu melibatkan rampasan minyak diesel (80 liter), minyak petrol (3,100 liter), sebuah unit pam sedut minyak, dua unit hose getah yang kesemua bernilai RM10, 425.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati jarak antara tempat simpanan minyak itu tidak berapa jauh dengan jalan utama iaitu lebih kurang 150 meter.

“Penyeludup dipercayai nekad menyimpan minyak di situ kerana kawasan ini dipenuhi semak samun, selain laluan agak sunyi serta jauh dari kawasan perumahan,” katanya.

Katanya, daripada risikan pihaknya mendapati tempat simpanan minyak itu dipercayai telah wujud sejak seminggu yang lalu.

Katanya, rampasan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis untuk tindakan lanjut.

Mohd Shokri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 194 membabitkan urus niaga barang kawalan berjadual ‘LPG’ tanpa lesen yang sah.

Tambahnya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduanya. – SM

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button