Luar NegaraRencah Hidup

Hanya beratur sejam dapat RM119

BERATUR sebagai wakil pembeli di gedung beli-belah terkemuka telah menjadi kerjaya seorang lelaki di United Kingdom (UK) dengan mengenakan bayaran sebanyak 20 pound sterling (kira-kira RM119) sejam.

Lelaki tersebut bernama Freddie Beckitt berkata dia mampu meraih pendapatan sehinggan 160 pound sterling (RM903) sehari.

Bunyinya seperti kerja mudah tetapi sebenarnya tidak kerana perlu mempunyai kesabaran yang tinggi apabila perlu beratur sehingga lapan jam.

Lelaki yang berusia 31 itu berkata pekerjaan baru itu menjadi kebiasaan memandangkan ramai warga London yang terpaksa beratur panjang untuk membeli barangan dan mendapatkan tiket untuk acara tertentu.

“Ini pekerjaan terbaik kerana saya hanya perlu beratur untuk membeli tiket persembahan di Apollo yang menjadi lokasi acara hiburan utama di London,” katanya.

Freddie yang berasal dari Fullham turut berkata, dia pernah beratur selama lapan jam bagi pelanggan yang mahu mendapatkan koleksi terkini daripada Christian Dior.

“Tempoh sebenar saya beratur hanya tiga jam. Tapi pelanggan mahu saya tunggu hingga mereka tiba maka ia menambah pendapatan saya,” katanya.

Menurut Freddie, pelangganya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai kemampuan untuk membayar khidmatnya.

Tambahnya, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada individu yang berusia pertengahan yang tidak mampu untuk beratur bagi tempoh masa yang lama. -SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button