Ekonomi

Zarina Halim dilantik Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP

KUMPULAN Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] mengumumkan pelantikan Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP yang baharu, berkuat kuasa pada 2 Januari 2024.
Beliau yang telah berkhidmat di Kumpulan Hektar selama lebih 20 tahun membawa pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang kemampanan di mana beliau telah menerajui agenda kemampanan untuk Hektar REIT yang membolehkan syarikat tersebut diiktiraf sebagai syarikat bertaraf empat bintang dalam Indeks FTSE4GD Bursa Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang kemampanan ini, Zarina bersedia untuk memperkukuhkan lagi strategi persaraan mampan KWAP dalam peranannya sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan.
Beliau berharap dapat menanda aras dana pencen tertinggi di peringkat global dan mencontohi langkah-langkah yang boleh meningkatkan lagi kecukupan, kemampanan dan integriti sistem pencen dan operasi KWAP.
Di samping itu, latar belakang beliau yang kukuh dalam industri berkaitan perkhidmatan pelanggan di mana kepuasan pelanggan adalah tumpuan utama dan penting untuk kejayaan, Zarina akan dapat memanfaatkan pengalaman luasnya dalam bidang tersebut untuk menyelia pelbagai aktiviti yang bertujuan meningkatkan penglibatan dengan pesara dan bakal pesara. – SM
(Visited 39 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button