Rencah Hidup

Status Kemasukan Pembantu Rumah Asing

KERAJAAN harus mengesahkan pernyataan yang dibuat berkenaan pembukaan pembantu rumah asing yang diumumkan pada 30 Mac 2021

Pernyataan tersebut masih samar samar berkenaan permohonan baru sudah boleh dimulakan kerana mengambil masa 3-4 bulan,  cuma pembantu rumah asing boleh masuk sehingga sempadan negara dibuka.

Persoalanya , bagaimana mungkin  agensi pekerjaan swasta bertindak mendapatkan PRA tanpa pengesahan dari kerajaan kepada pihak berkaitan contohnya kedutaan yang terlibat.

Dengan mencari dan merekrut pembantu rumah asing ke negara ini tanpa Job Order dan pengesahan adalah tidak logik.

Sedangkan selama setahun agensi pekerjaan swasta tidak dapat apa apa bantuan dari pihak kerajaan dan sekarang tiada pengesahan atau tindakan dari kerajaan untuk memudahkan semua urusan yang bersangkutan contohnya calling visa yang telah lulus pada tahun 2020 belum selesai dan sekarang kita diminta membuat permohonan baru kalau sudah lulus apa jadi pada calling visa terbaru adakah akan melambatkan proses lagi

Kerajaan harus bertindak untuk membenarkan calling visa yang lulus pada tahun 2020 diproses segera melalui sistem FWCMS dengan menggunakan sop dan prosuder sama  supaya semua agensi berdaftar dapat melakukan proses seterusnya .

Pada masa ini yang dibenarkan pembantu rumah yang sudah pulang dan masih mempunyai visa dibenarkan masuk menggunakan My Travel Pass manakala bagaimana dengan sop dan skop kemasukan bagi calling visa tergendala dan permohonan baru

Rata-rata agensi pekerjaan swasta telah bersyukur apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Meteri Kanan (Kluster Keselamatan) menandakan permohonan dan proses kemasukan sudah dibenarkan tapi senyap dan tiada tindakan selepas itu.

Kita perlu membuat pembaharuan bersama agensi di Indonesia dan Filipina ianya ambil masa dan kita juga tidak tahu apa apa sop berkaitan dengan calling visa jika kerajaan tidak memaklumkan segera.

Kami hanya boleh memohon kepada agensi di negara sumber setelah kita dapati kerajaan sudah memberikan satu pernyataan rasmi berkenaan ini dan kemudiannya ia akan memudahkan semua pihak.

Agensi Pekerjaan Swasta sehingga kini tidak mendapatkan apa apa bantuan dari Jabatan terlibat namun Agensi Pelancongan sudah mendapatkan bantuan  dari kementerian mereka yang berdaftar dengan MOTAC. Sedangkan kedua-duanya adalah agensi berdaftar

Bukan itu sahaja kesian pada majikan semua yang dengar berita itu terus menghubungi kami semua dimana kami juga tidak tahu apa apa arah atau seterusnya proses itu.

Zubaidah Mubarruck Ali, Pengarah Syarikat Agensi Pekerjaan Swasta, salah satu agensi pekerjaan mohon kepada kerajaan agar memberikan pengesahan ini segera supaya semua pihak bergerak dengan cara betul.

Sudah cukup kami bertahan tanpa bantuan dan sering menunggu berita dari pihak kerajaan untuk tindakan seterusnya.

Beliau yakin dengan kemasukan segera menggunakan calling visa adalah cara paling selamat demi menjaga negara dan rakyat kita. – SM

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button