Nasional

STAR MEDIK lancar kilang terbesar dunia pengeluaran pati serai

KUMPULAN STAR MEDIK melalui anak syarikatnya, Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBE) pada semalam telah mengadakan majlis pra-pelancaran kilang pengeluaran pati serai di Nilai, yang dijangka antara yang terbesar di dunia yang juga mampu untuk memproses sebanyak 75 tan daun serai sehari.

Kilang itu bakal membantu komuniti desa untuk menjana pendapatan di dalam Malaysia di beberapa buah negeri khususnya di Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan juga Selangor.

Selaras dengan program pemulihan ekonomi pasca Covid-19, kilang itu dijangka bakal menjadi pemangkin ekonomi kepada pekebun kecil khususnya untuk mengusahakan tanaman serai sebagai tanaman asas komuniti.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan STAR MEDIK, Datuk Hj Tajuddin Abdul Latif, projek ini adalah projek serambang dua mata di antara industri domestik dan eksport serta membantu komuniti desa khusus pekebun kecil dan sederhana.

‘’STAR MEDIK bukan lagi nama baharu untuk kilang pembuatan produk perubatan dan kini syarikat sangat berbesar hati untuk mengembangkan lagi potensi syarikat dengan kerjasama beberapa buah anak syarikat lain termasuklah Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBE), ATN Travel Tour Corporation Sdn Bhd’’, katanya.

Dalam pada itu, pihak syarikat turut bekerjasama dengan komuniti setempat bagi menjalankan aktiviti penanaman kontrak bagi mendapatkan bekalan bahan mentah yang mencukupi dan berterusan.

Sejumlah 300 ekar tanah diperlukan untuk menampung permintaan serai ini dalam setahun.

Ekstrak minyak pati serai ini digunakan sebagai bahan aktif di dalam beberapa industri utama dunia seperti kosmetik, minyak wangi, farmaseutikal, dan makanan.

Bagi pekebun kecil yang berminat untuk membekalkan serai boleh menghubungi En Mohd Khairil Said, Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBE), di talian +60193537694.

Sekadar info, STAR MEDIK adalah sebuah syarikat perubatan terkemuka yang mahir dalam Medical Pathway Management Care.

Tambahan lagi, STAR MEDIK juga berpengalaman dalam pelbagai kemahiran perubatan, terutamanya pengurusan ventilator yang bekerjasama dengan jenama terkemuka dunia dan terkenal di peringkat antarabangsa iaitu HAMILTON MEDICAL yang berpangkalan di Switzerland. – SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button