Nasional

25 kes import, 40 warga asing sumbang 78 kes baharu Covid-19

KES baharu Covid-19 meningkat kepada 78 orang hari ini dengan 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 40 kes lagi disumbangkan oleh warga asing.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan daripada 40 kes warga asing tersebut 25 daripada mereka dikesan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

Manakala seramai 63 orang lagi sembuh dengan bilangan keseluruhan yang telah pulih daripada wabak tersebut adalah seramai 5,,859 orang.

Mereka yang masih dirawat adalah seramai 1,163 orang. Daripada jumlah tersebut 9 dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan 5 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala satu kes kematian dilaporkan dengan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 115 kes.-SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button