Nasionalpilihan

Simbah sambal tumis samun warga emas

Seorang warga emas berusia 61 tahun disimbah tumis oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Ayer Tawar, Merlimau, Jasin, Melaka pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.00 pagi itu mangsa turut ditampar dan dipukul menyebabkannya cedera di kepala.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang tidak bekerja sedang berbaring berdekatan pintu belakang rumahnya.

“Sewaktu mangsa sedang berbaring tiba-tiba datang seorang lelaki tidak dikenali dalam lingkungan usia 30-an telah membaling cecair disyaki sambal tumis ke muka mangsa.

“Lelaki itu bertindak agresif dengan menampar mangsa kemudian menghentak mangsa dengan kerusi plastik antara dua atau tiga kali.

“Mangsa cuba menahan tetapi dia mengalami kecederaan di kepala akibat hentakan itu,” ujarnya di sini hari ini.

Ahmad berkata, mangsa cuba meminta pertolongan namun tidak ada jiran yang mendengar serta datang menolongnya.

Katanya, suspek yang memakai topi keledar berjaya melarikan beg sandang mangsa yang mengandungi dompet serta wang tunai RM400, kad bank dan lesen memandu.

Menurutnya, mangsa tidak dapat berjalan kerana pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini.

“Suspek masih belum ditangkap dan polis sedang mengesan lelaki berbadan gempal dan berusia dalam lingkungan 30-an,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 6 times, 6 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button