Sukan

Sukan Asia Hangzhou: Skuasy sumbang emas ketiga Malaysia

Kontinjen Malaysia meraih pingat emas ketiga di Sukan Asia Hangzhou, China 2022 apabila pasukan skuasy wanita berhempas pulas sebelum dapat menewaskan Hong Kong 2-1 dalam perlawanan akhir di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou di sini hari ini.

Begitupun pasukan negara cemas apabila Rachel Arnold tewas kepada Tong Tsz Wing 11-7, 7-11, 11-8, 8-11 dan 6-11 dalam tempoh 57 minit.

Bagaimanapun, perseorangan pertama wanita negara, S. Sivasangari menyamakan kedudukan 1-1 apabila dia mudah mengetepikan cabaran Tomato Ho Tze Lok 11-5, 11-8, 11-6 dalam tempoh 26 minit.

Perseorangan ketiga negara Aifa Azman melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad skuasy wanita negara meraih emas apabila dia mudah menewaskan Chan Sin Yuk 11-5, 11-8, 11-13 dan 11-8.

Kemenangan 2-1 ke atas Hong Kong, skuad skuasy wanita negara memperbaiki kedudukan di temasya yang sama di Jakarta-Palembang Indonesia pada 2018 apabila sekadar meraih gangsa.

Dua pingat emas negara sebelum ini disumbang pelayar negara, Nur Shazrin Mohamad Latif yang muncul juara acara ILCA 6 wanita di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan.

Jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil membawa khabar gembira buat kontinjen Malaysia apabila menghadiahkan pingat emas kedua.

Kejayaan itu diraih selepas atlet berpengalaman berusia 43 tahun dan kudanya, Rosenstolz mengungguli acara dressage individu. – SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button