Nasional

PM umum pengganti Maszlee dalam masa terdekat

PENGGANTI Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir Mohamad dalam satu kenyataan berkata,  Maszlee telah menyerahkan msurat peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan  hari ini dan berkuatkuasa esok.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” kata Dr. Mahathir.

Dr. Maszlee Malik mengesahkan beliau meletakkan jawatan atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar sebentar tadi.

“Saya dilihat bukan melalui pencapaian-pencapaian yang dilakukan selama ini ini. Bukan daripada apa yang kita telah sumbangkan.Apa yang berlaku dalam 20 bulan ini begitu signifikan dilakukan. Namun banyak tajuk berita sensasi dilakukan menjadi pilihan bukan atas kejayaan saya.

“Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

“Walaubagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam 3 kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’.

“Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu. Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM. Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia.

“Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dan parti saya, PPBM.

“Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020,” kata Maszlee.

Maszlee berkata demikian dalam sidang akhbarnya pukul 4.30 petang tadi. Dalam  sidang akhbar itu Maszlee turut membentangkan kejayaan yang dilakukan kementerian beliau sebelum ini serta rancangan kementerian untuk tahun 2020.-SM

 

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button