Jenayah

SPRM tahan pegawai kanan PDRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM20,000.

Menurut sumber, suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

“Pegawai kanan berusia 40 tahun itu menerima dan meminta suapan daripada seorang pengadu sebagai balasan membantu dan mempercepatkan proses tuntutan bayaran insurans kemalangan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akra Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jelasnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Tiga hari lalu SPRM Cawangan Segamat menahan seorang penolong pegawai hal ehwal Islam kerana kesalahan meminta dan menerima wang rasuah.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih daripada RM130,000 daripada beberapa orang kontraktor sebagai balasan kerana mendapatkan kerja-kerja bekalan di Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Suspek seorang wanita berusia 37 tahun bertugas sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam tersebut telah ditahan kira-kira jam 3.00 petang tadi di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button