Ekonomi

Bayaran pertama i-Citra Selasa depan

Bayaran pertama i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan kepada akaun bank ahli pada Selasa hadapan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran tersebut akan memanfaatkan juta ahli KWSP.

Dalam Penerangan Menteri Kewangan berkenaan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini, Tengku Zafrul berkata, bagi permohonan moratorium ianya telahpun dibuka awal bulan ini.

“Saya ambil kesempatan ini untuk menyarankan sesiapa yang menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan moratorium pinjaman untuk menghubungi BNM-TELELINK atau mendapatkan
khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK bagi menguruskan aliran tunai mereka.

“KWSP juga membuka hotline i-Citra untuk membolehkan ahli KWSP mendapatkan sebarang penjelasan,” jelas beliau.

Jelas beliau, selain daripada moratorium pinjaman bank, pemegang polisi insurans dan takaful juga layak untuk menikmati manfaat daripada inisiatif penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful
yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Kerajaan juga melaksanakan penangguhan pinjaman pelajaran secara bersasar melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Amanah Rakyat , Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button