Luar Negara

China gesa keluarga menyimpan bekalan penting sekiranya berlaku kecemasan

KERAJAAN China telah menggesa keluarga untuk menyimpan bekalan penting sekiranya berlaku kecemasan.

Menurut laporan BBC, tiada alasan diberikan untuk notis itu daripada Kementerian Perdagangan, tetapi hal itu berlaku ketika berlakunya penutupan dan penyekatan dalam keadaan Covid-19 yang berterusan ini.

Dalam pada itu, berlakunya kebimbangan yang berlaku terhadap bekalan sayuran selepas hujan lebat yang luar biasa merosakkan tanaman.

Kementerian juga meminta pihak berkuasa tempatan untuk memastikan rantaian bekalan berjalan dengan lancar dan harga yang stabil.

Media kerajaan kemudiannya cuba meredakan kebimbangan di tengah-tengah laporan pembelian panik yang berlaku susulan notis tersebut.

Seorang pengguna laman sosial China iaitu Weibo menceritakan pembelian panik yang disaksikannya di sebuah pasar raya.

“Sebaik sahaja berita itu keluar, semua orang terutamanya warga emas berhampiran saya menjadi gila dan panik membeli di pasar raya,” tulisnya.

The Economic Daily, sebuah akhbar yang disokong Parti Komunis China, menggesa pembacanya supaya tidak bimbang, dengan berkata bahawa nasihat kerajaan itu bertujuan memastikan isi rumah bersedia jika penutupan dan penyekatan diumumkan di kawasan mereka.

Akhbar People’s Daily berkata, notis sebegitu bukanlah perkara yang luar biasa, tetapi ia datang pada masa ini termasuklah isu kenaikan harga sayur dan kes Covid-19 baru-baru ini.

Harga makanan secara tradisinya meningkat di China apabila musim sejuk semakin hampir, tetapi harga sayu-sayuran telah melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana cuaca melampau.

Sementara itu, negara itu terus menggunakan penutupan ketat bagi menangani Covid-19 dan berharap agar dapat mencapai sifar jangkitan sebelum menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan bermula pada Februari.

92 kes baharu Covid-19 telah dilaporkan di China pada hari Isnin manakala Disneyland China ditutup selama sekurang-kurangnya dua hari selepas seorang pengunjung disahkan positif Covid-19. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button