fbpx
Nasional

SPRM minta senarai 101 projek rundingan terus

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan dibuat secara rundingan terus semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.

SPRM dalam kenyataaannya berkata, satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.

“Kita juga mengesahkan telah meneruma beebrapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu pemberian 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

“Kita berharap supaya semua pihak dapat memberi ruang kepada SPRM untuk meneliti perkara berkenaan,” katanya.

BACA> Rundingan terus: PCM lapor pada SPRM

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan terdapat 101 projek dengan nilai perolehan RM6.61 bilion telah diberikan secara rundingan terus di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH).


“Bagi keadaan tertentu dengan kelulusan Kementerian Kewangan, sekiranya mempunyai keperluan mendesak sehingga menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan negara, perolehan secara rundingan terus boleh dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyangkal perkara itu berkata keputusan untuk memberikan tender secara rundingan terus telah dibincangkan dalam Kabinet.

“Saya terbuka sekiranya YB nak berikan senarai itu tender-tender yang diberikan, itu bukan diberikan secara terbuka.

BACA> Rundingan terus: Pembangkang cabar menteri dedah nama syarikat

“Kalau kita lihat jumlah yang diberikan, secara tender terbuka jauh lebih besar dan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang berhormat sebutkan tadi. Seperti yang disebutkan tadi, Ini juga diberikan di bawah kelulusan Kabinet dan juga peraturan yang sedia ada,” kata Guan Eng. -SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button