Pendidikan

Peluang sambung belajar buat lepasan SPM dalam bidang penerbangan

Pelajar lepasan SPM yang ingin memulakan kerjaya melalui industri penerbangan Malaysia, boleh menyambung pelajaran menerusi program Diploma di ‘MEATECH Collage’ yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Program ini bernaung dibawah YEG Academy dan salah satu platformnya adalah Aviation Career Malaysia yang mengetengahkan program diploma penerbangan.

Aviation Career juga turut melancarkan satu kempen dengan tanda pagar #belajarterusbekerja dan #jangansalahpilihbidang bertujuan untuk menarik lebih ramai anak muda mencuburi dalam Diploma Aviation.

Yang lebih menarik lagi latihan sebelum memulakan ke alam pekerjaan akan diberikan kepada bakal grandusi seterusnya akan diserapkan bekerja di syarikat penerbangan yang terkemuka di Malaysia.

Antara program Diploma yang disediakan, Diploma in Aircraft Maintenance Technology, Diploma in Air Cargo Management, Diploma in Airline Operation Management dan DKM Aircraft Mainenance operation. Pinjaman PTPTN dan pinjaman kemahiran turut disediakan.

Dalam majlis pelancaran ini pihak Universiti Tun Hussain Onn Malaysia bersetuju untuk bekerjasama dengan MEATECH Collage bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan program.

Antara syarikat yang bekerjasama dengan Aviation Career ini adalah Malaysia Airline, Air Asia, Batik Air, Ground Team Red, DHL, Pos Aviation dan juga Aerodarat.

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button