Hiburan

Isteri Pengarah, aktor Datuk Ahmad Tamimi Siregar meninggal dunia

KIRA-KIRA sejam yang lalu, isteri tercinta kepada pengarah dan pelakon, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Datin Zulhaila Siregar telah pulang ke rahmatullah.

Berita sedih ini dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi status media sosial beliau sendiri, Facebook.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Zulhaila atau lebih mesra dengan sapaan Kak Zu dalam kalangan wartawan hiburan tempatan, sentiasa mendokong karier seni lakon suaminya.

Cinta, kasih dan sayang arwah terhadap Ahmad Tamimi tidak pernah pudar walaupun keadaan kesihatannya merosot dari tahun ke tahun, sejak tahun 2013.

Allahyarham Zu bergantung kepada mesin oksigen untuk bernafas sejak beberapa tahun yang lalu kerana menghadapi masalah pernafasan.

Hasil perkahwinan dengan Ahmad Tamimi, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata dan mempunyai beberapa orang cucu.

Salam takziah daripada wargakerja SUARA MERDEKA kepada beliaui sekeluarga di atas kehilangan insan yang tiada gantinya. – SM

(Visited 1,076 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button