Kemalanganpilihan

Pelajar sekolah menengah maut motosikal bertembung kereta

Seorang pelajar Sekolah Menengah SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa Jasin dekat sini maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan turut membabitkan sebuah lagi motosikal dan kereta di Jalan Bemban-Jasin, Melaka tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan, Mohd. Fadzli Othman berkata, pelajar yang maut dikenali sebagai Raja Zuhairi Najmi Raja Din, 16, meninggal dunia di tempat kejadian
akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurutnya, seorang pelajar dari sekolah yang sama dikenali sebagai Muhammad Adam Shaiful Amran, 16, menunggang motosikal Honda EX5 berwarna biru sekadar mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Jasin.

Beliau berkata, pemandu kereta Mercedes Benz, Leong King Loi, 72, seorang pekebun dari Seri Kembangan, Selangor tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal di tempat kejadian yang berlaku pukul 12.05 tengah malam itu mendapati kedua-dua pelajar yang menunggang motosikal datang dari arah Jasin menghala ke Bemban.

“Manakala kereta Mercedes Benz yang dipandu warga emas itu pula datang dari arah Bemban ke Jasin,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Fadzil berkata, sewaktu tiba di tempat kejadian kereta yang dipandu warga emas dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kedua-dua motosikal.

Menurutnya, akibat daripada kemalangan itu menyebabkan seorang penunggang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi sekadar mengalami luka ringan dan dihantar ke Hospital Jasin.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button