Hiburan

Ibu Que Haidar meninggal dunia kerana Covid-19

IBU kepada pelakon Que Haidar, Rahmah Hussein, 68, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bahru kerana positif Covid-19.

Allahyarham Rahman meninggal dunia pada pukul 1.20 pagi semalam, turut mengalami beberapa komplikasi penyakit kronik yang lain.

Perkhabaran mendukacitakan itu dikongsi oleh Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 43.

Beliau berkata, allahyarham ibunya juga menghidap diabetis, masalah jantung dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Kata Que, pagi semalam, kakaknya menghubungi beliau memaklumkan keadaan arwah Mak mengadu sakit dada.

“Sebelum itu, arwah Mak kena serangan jantung sebanyak empat kali. Kali pertama terjadi di rumah adik saya di Pasir Gudang.

“Sebelum kakak memberitahu Mak nazak, serangan jantung seterusnya berlaku ketika arwah Mak berada di hospital.”

Que berkata, beliau segera pulang ke kampung kerana memikirkan arwah ibunya masih kuat.

Malahan, kata Que, ketika itu, abangnya memberitahu, jantung mak kembali stabil.

“Namun ternyata Allah lebih menyayanginya,” kata Que yang hasratnya untuk bertemu dengan ibunya pada penghujung bulan Mac ini, tidak kesampaian.

Kali terakhir Que bersua wajah dengan arwah ibunya ialah pada Januari lalu.

“Kami sempat meluangkan masa bersama dan saya bawa mak keluar berjalan-jalan dan menikmati asam pedas kegemarannya.

“Saya ingatkan nak balik ke Johor Bahru bulan ini dan mencuri masa untuk bersama dengan mak.

“Kebetulan pula saya ada kerja di JB tetapi saya tidak sempat menunaikan hasrat ini,” kata Que.

Bergegas pulang ke Johor selepas mendapat perkhabaran mendukacitakan itu, Que tiba di HAS pada kira-kira pukul 6 petang semalam.

Jenazah Allahyarham Rahmah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Johor.

Allahyarham Rahmah meninggalkan 10 orang anak dan 27 orang cucu.

Salam takziah buat Que Haidar sekeluarga dari SUARA MERDEKA. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Rahman. – SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button