BeritaPendidikan

UniMAP kerjasama dengan YTF anjur webinar

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) akan menganjurkan ‘Webinar Yayasan Tuanku Fauziah sempena sambutan 20 tahun penubuhan UniMAP’ secara atas talian pada hari rabu 29 September 2021 yang akan datang ini bermula pada jam 9.15 pagi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP dan Penasihat DiRaja YTF dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP dan Pengerusi YTF berkenan berangkat menghadiri program berkenaan.

Untuk rekod, Yayasan Tuanku Fauziah ditubuhkan pada 19 April 2004 dengan moto “Women in Search of Excellence (WISE)” bagi memberi pengiktirafan dan mempromosi wanita negara yang berpotensi, cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta ko-kurikulum khususnya dari kalangan remaja.

Menurut Tuanku Raja Muda ketika memperkenankan keberangkatan baginda dan Tuanku Raja Puan Muda ke webinar berkenaan pada kali ini, peranan wanita mampu membantu pelan dan pelaksanaan pembangunan negara dalam pelbagai aspek termasuk bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial. Pelbagai pencapaian telah diperolehi dalam usaha pemerkasaan pelbagai bidang, sekaligus mendorong YTF untuk memberi sokongan dan pengiktirafan kepada golongan wanita sedari mereka usia remaja lagi.

Terang Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah cabaran yang dihadapi oleh wanita yang terlibat dalam aspek pembangunan negara terutamanya wanita yang sudah berkahwin yang mana cabaran utama adalah dari aspek menyeimbangkan antara tuntutan keluarga dan kerjaya supaya tidak menimbulkan konflik. Penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi sememangnya menguntungkan negara, namun, solusi untuk mengatasi konflik kerjaya dan keluarga juga perlu diberikan perhatian lebih serius oleh semua’.

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button