Nasional

Rasuah 2 Juta, Tengku Adnan didapati bersalah

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong.
Keputusan itu disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan sebentar tadi.

Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong.

Kin Kong juga adalah Pengarah AKSB dan wang RM2 juta itu diserahkan melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. (THSB).

Ku Nan mempunyai kepentingan dalam THSB dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Ku Nan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016. – SM

(Visited 1,031 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button