Nasional

YDP sebuah pertubuhan ditahan buat tugasan rondaan macam pegawai PDRM

SATU siasatan sedang dijalankan melibatkan sebuah pertubuhan yang menjalankan tugas dan menggunakan identiti yang menyerupai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan video beberapa individu daripada sebuah pertubuhan yang menjalankan tugasan rondaan seperti pegawai PDRM itu tular di laman sosial.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat pada kelmarin ekoran terdapat isu berhubungan tindakan tersebut yang bertindak tanpa seliaan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, hasil siasatan lanjut pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia pertengahan 40-an.

“Lelaki tersebut ialah Yang Dipertua pertubuhan itu dan merupakan individu yang dilihat di dalam gambar dan video tular di laman sosial.

“Tangkapan yang dibuat telah berjaya membawa kepada rampasan pakaian seragam pertubuhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 89(c)Akta Polis, Seksyen 25 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 26 Akta Rukun Tetangga.

Ujarnya, suspek kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kita juga sedang mengesan ahl-ahli pertubuhan yang lain bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung siasatan yang dijalankan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung gambar dan video boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Norazwan (013-3928357) atau hadir ke mana-mana balai berdekatan. -SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button