Analisis

Usah beli rumah dengan pemaju dari syarikat Melayu jika tidak mahu hidup sengsara

Bukan mahu rasis.. tetapi inilah kebenaran apabila Melayu mahu tolong syarikat Melayu, kononnya meraikan inisiatif Kerajaan tetapi menjadi bangsat dalam loji kumbahan.

Mengambil contoh Hektar Aneka Sdn Bhd, nama syarikat ini masih tersergam dalam Sistem Bank Data Perumahan Negara kelolaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bagi yang tidak mengetahui, syarikat ini bertanggungjawab menyiapkan projek perumahan pangsapuri Residensi Hektar di Kampung Sungai Mulia, Jalan Gombak.

Namun setelah pandemik Covid-19 berakhir, pemajunya bagaikan ghaib atau mati dibunuh akibat menyusahkan pembeli yang terbeban dengan hutang perumahan.

Menyelusuri laman sesawang Sistem Bank Data Perumahan Negara, Hektar Aneka Sdn Bhd cuma ditinggalkan dengan alamat pejabatnya di Mont Kiara serta nombor faks.

Tiada nama pengarah syarikat, tiada nombor telefon terkini syarikat, tiada laman web yang legit namun bagaimana mereka boleh menjadi pemaju di Malaysia?

Bakal pembeli rumah harus memiliki keraguan yang tinggi kepada mana-mana pemaju dan siasatlah sekecil-kecil perkara selain hanya membeli rumah daripada pemaju yang memiliki rekod bersih.

Zaman sekarang ini mudah.. buka Facebook, buka Twitter, buka TikTok, buka laman web, lihat profil syarikat pemaju itu sama ada legit atau langsung tak pernah wujud?

 

(Visited 344 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button